Tuesday, February 22, 2011

Jerebu Dtg Lagi

p.s : pinjam dr incik google

Untuk makluman semua anda semua tau tk skang ni tgh jerebu?meh lya nk bg info cikit psl jerebu..buat yg dah tau bgs la..buat yg tktau meh nk bgtau ni...*pakai white coat smbil baca*

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka

  • Asap Dari Kilang

  • Asap Dari Kenderaan

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

info dr : Info Sihat

the reason lya post this entry is because im 1 of the sufferer ye ye ive got asma soooo..tlg la jgn membakar sampah..tanam jerk lagi senang..bakar tue membahayakn dr semua sudut tau tk..isk minta tlg sgt2 kt semua manusia sejagat tlg jgn membakar smpah n membakar duit hahahaha as in rokok ye...bau dia je pun leh wat lya weezing tau tk..isk isk kasihani la kami yg terpaksa menanggung semua ini amin...

k la till next quest..happy reading guys...mwakhss